Sabtu, 16 Januari 2010
Keutamaan shodaqoh
:Hadith Nabi Saw: "Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk (merendah) kerana Allah swt, melainkan Allah swt menaikkan darjatnya." (Abu Hurairah r.anhu)Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka."(Aishah r.anha)Sedekah mengandungi 10 kebaikan:Kebaikan di dunia1) Membersihkan harta kekayaan2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa3) Menolak bala dan penyakit4) Menyenangkan hati orang miskin5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezekiKebaikan di Akhirat1) Sedekah itu menjadi naungan baginya2) Sedekah meringankan hisab amalnya3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya4) Memudahkan melintasi sirat5) Bertambah darjat di syurgaBarangsiapa yang menolak lima pekara, maka Allah akan menolak lima pekara daripadanya iaitu:1) Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya2) Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya3) Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya4) Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya5) Barangsiapa yang meremehkan solatnya, Allah swt akan menolakdari kalimah syahadah ketika matinya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar